Selasa, 04 Maret 2014

perempuan Makhluk Sensitif


PEREMPUAN fitrahnya adalah makhluk yang sangat sensitif berbanding lelaki.
> Ini mungkin disebabkan sejak kecil lelaki telah diajar agar tidak meluahkan
> perasaannya.
>
> Itu alasan yang selalu diberikan. Tetapi rupanya ada alasan lain mengapa hal
> itu berlaku - otak lelaki dan wanita berbeza.
> Amygdala, bahagian otak yang mengawal maklum balas emosi manusia kurang
> berhubung dengan bahagian otak lelaki. Hubungan yang sedikit itu pula hanya
> di bahagian seperti di visual cortex yang mengawal otot.
>
> Walhal, Amygdala pada perempuan lebih terhubung dengan bahagian otak yang
> mengawal bahasa. Barangkali itu sebabnya wanita lebih terbuka dan mudah
> meluahkan perasaannya.
>
> Berikut ialah antara perbezaan ketara antara lelaki dan wanita yang perlu
> difahami:

>
> • Lelaki tahan sakit
> Yang ini memang perempuan lemah. Dalam beberapa kajian mendapati lelaki
> selalunya mampu menahan sakit dengan lebih lama. Ramai percaya lelaki mampu
> berbuat demikian kerana persepsi masyarakat bahawa lelaki mesti kuat dan
> tidak sukar dikalahkan.
>
> • Lelaki tidak tekun mendengar Alasannya, semasa lelaki sedang mendengar,
> mereka mengaktifkan otak kiri yang berkaitan dengan bahasa. Walhal, wanita
> mengaktifkan otak kiri dan kanannya serentak. Wanita juga mampu melakukan
> aktiviti lain sambil mendengar tetapi lelaki perlu lebih fokus. Begitupun
> ini tidak bermaksud wanita adalah pendengar yang lebih baik berbanding
> lelaki.
>
> • Lelaki sukar mengingati perincian
> Hal ini memang selalu berlaku. Lelaki selalu lupa tarikh perkahwinan, hari
> jadi malah kadang kala umur anak. Sebabnya, lelaki dan wanita menggunakan
> bahagian otak yang berbeza untuk membentuk ingatan. Ini membuatkan lelaki
> sukar untuk mengingati perincian sesuatu perkara tetapi ingatannya lebih
> berbentuk visual.
>
> • Lelaki lebih menyukai sukan Jika dilihat secara rambang memang lebih
> ramai lelaki yang mendambakan sukan
> berbanding wanita. Puncanya kerana testosteron yang dikaitkan maskulin.
> Lelaki mengeluarkan testosteron 20 kali lebih banyak berbanding wanita,
> setiap hari.
>
> Kenyataan diatas dapat memberi gambaran jelas tentang perbezaan ketara
> diantara lelaki dan wanita. Dimana makhluk lelaki agak kurang sensetif
> didalam banyak perkara. Ini yang membuatkan lelaki dan wanita boleh hidup
> bersama. Itu yang dikatakan "Dua Sejoli". Bayangkan lelaki kawin dengan
> lelaki dan perempuan kawin dengan perempuan yang menjadi penyakit sosial
> dalam masyarakat kita sekarang. Teringat kata-kata abah waktu aku kecik
> dulu "Setiap kejadian di muka bumi pasti ada hikmah. Kita sahaja perlu
> fikir menggunkan akal-fikiran yang dikurniakan". Allah s.w.t. sahaja yang
> mampu membuka pandangan mata hati hamba-hambanya.

0 komentar:

Posting Komentar